Monday, August 3, 2009

Dari rebung....dgn harapan

31-7-2009 (Jumaat) - Balik ke kampung raja bersama keluarga. Berkesempatan menziarah Pak Andak + fmly dan Pak Uda + fmly tetapi tak berkesempatan utk menjengah Mak Ngah lantaran sakit belakang dan juga Balqis demam. Detik yg sempat dirakam semasa Muhammad cuba utk membentang 'saprah' (betul ke tidak ejaannya ni!) memberikan reminder pd diri bahawa kita semua ini mendapat didikan awal yg paling efektif adalah di rumah i.e. daripada ibubapa. Believe it or not the way we are today or what we've become are the result of what transpired at home by our parents. Sptmana ada riwayat yg menyatakan bahawa anak kecil itu seumpama kain putih dan yg akan mencorakkannya sama ada menjadi yahudi, nasrani atau jadi orang yg bertaqwa adalah ibubapanya.

Oleh sebab itu better start from the rebung with the good example..... just like the saying 'talk the walk & walk the talk'.

Salam

Saturday, July 25, 2009

8th ICTO Championship 2009




8th International Club Taekwando Open Championship 2009
Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras
25 & 26 Julai 2009

Alhamdullilah Balqis & Ibrahim dapat join dlm pertandingan Taekwando ni. Tak ramai dr Kelab Moi yg masuk pertandingan ini kerana pelbagai faktor 1) ada calon yg tak fit 2) boleh tendang kepala 3) perlu pakai semua gear taekwando 4) commitment waktu latihan etc.
Yg irony nya satu ajer - we reached the stadium at 0700hrs and their bouts only kick-off at 2000hrs! That was about 14 hours wait. Luckily, ada persembahan by University Korean Taekwando team & Ibrahim + Balqis dapat peluang berbaris dan bertemu dgn Tan Sri Koh So Kon semasa pembukaan.

RESULTS:

Balqis - tewas Pusingan pertama /sesi 1 kerana berdarah di gusi
Ibrahim - tewas Pusingan pertama /sesi 3 - Cikgu Khairul minta stop sebab Ibrahim pening kena kick a few times kat kepala
Haziq - tewas jugak
Amirul - menang pusingan pertama dengan org Singapura tapi kalah pusingan kedua
Mia - tewas pusingan pertama
Balqis & Ibrahim menangis tapi pengalaman yg ditimba cukup hebat utk persediaan pada temasya Taekwando akan datang.

Ciow..

3L

3L - Mlm 24 Julai 2009 lepas Aza dpt sms dr sahabatnya memaklumkan musibah yg dihadapinya - anak sahabat yg berumur 2 thn (lebih kurang umur Muhammad, in fact lahir pun hanya beza 1 bln lebih sikit) telah meninggal dunia. Kami sekeluarga berkesempatan hadir majlis aqiqah Nik Aleysa di rumah datuknya di Bangi (kalau berhenti di traffic light nak masuk ke Seksyen 3 Tambahan, tengok pukuk 11 - bungalow besar atap biru).
Tak dpt nak bayangkan perasaan ibu-ayahnya. Kami doakan agar keluarga Aleysa dpt bersabar dlm ujian oleh Allah ini.

Walaupun tahun ini ramai keluarga yg dijemput pulang ke rahmatullah (Cik Kepet, Pak Ngah, Nenek Halimah-Al-Fatihah utk roh mereka), namun kematian anak yg masih kecil ini sungguh dlm kesannya dalam hati ini betapa kita ini sangat kasih & sayang kpd anak kita. ada masanya kita marah, geram, rotan dsb, tapi deep down in the heart kita tetap sayang mereka. Cumanya kekadang kita lupa, lalai dan lara (3L) tentang mereka itu adalah amanah yg dipertanggungjawabkan pd kita yg mana wajib dididik dgn sempurna agar jadi anak yg soleh & solehah. Hence peristiwa kematian anak sahabat ini telah beri peringatan pd kita semua (reminder...reminder...reminder and more reminder - in fact the reminders are always there. It's just a matter of whether we are able to see them or not) Ayat 191 Surah Ali-Imran is a very good reminder to us all to be thankful off all Allah creation & remember Allah always. Wassalam.

Saturday, July 11, 2009

How Old Are You - in Hijrah please?


As@11 Jul 2009 / 18 Rejab 1430H
  1. Ayah 28 Dis 1972 = Thursday 22 Zulkaedah 1392 H (38 tahun)
  2. Mama 15 Jul 1971 = Thursday 22 Jamadil Awal 1391 H (39 tahun)
  3. Balqis 28 Nov 1999 = Sunday 20 Syaaban 1420 H (10 tahun)
  4. Ibrahim 21 Jan 2001 = Sunday 26 Syawal 1421 H (9 tahun)
  5. Yusuf 20 Nov 2003 = Thursday 26 Ramadhan 1424 H (6 tahun)
  6. Muhammad 25 Sep 2007 = Tuesday 13 Ramadhan 1428 H (2 tahun)

History...
  1. Quran diturunkan pada bulan Ramadhan
  2. Perang Badar berlaku pada bulan Ramdhan
  3. Nabi dilahirkan pada bulan Rabiul Awal Tahun Gajah
  4. Isra' Mikraj dibulan Rejab
  5. Our prophet Muhammad s.a.w. left us at the age of 63-year-old H....

Try this website to check your age in Hijrah http://www.islamicfinder.org/

Saturday, July 4, 2009

First Wahyu - Hira' Cave




Date : 19 Mei 2009

Time : Approximately 11.30 pm

Location : In front of Hira' cave


It took us almost an hour for me and Zul to get to Hira' cave on top of Jabal Nur. Next to Jabal Nur is Jabal Jibrail whereby the angel descend from the sky to bring the first wahyu for our prophet Muhammad s.a.w.


Alhamdullilah I was called up once again to perform pilgrimage (umrah) with my mum & brother Zul. This time around we went with Andalusia Travel Agency - Dato' Daud Che Ngah. And the service provided by the agency to bring us to Hira' Cave immediately agreed by us as I've been wanting to experience the likes of those who attended the cave and most importantly to get the feel of how our prophet Muhammad s.a.w. went thru all the trouble in order to 'berkhalwat' (be alone) - After my 5th visit to the holy Mecca, i managed to reach the cave.


Ibrah from the visit - what we face, the trouble that came to us is nothing in comparison to test experienced by our prophet Muhammad s.a.w. Our prophet was 40-year-old then when he first received the first wahyu & Siti Khadijah was 65-year-old and she was the one who sent the foods, clothing etc for our prophet while he was in the cave! What a sacrification. Patience is the word!


Salam

Self Defense....


Tarikh : 05 Julai 2009-Ahad

Lokasi : Sekolah Rendah Agama Integrasi, Bandar Baru Bangi

Aktiviti : Grading Taekwando - Yusuf


Yusuf hadir utk upgrade tali pinggang Yellow 1 kepada Yellow 2. Alhamdullilah nampak mcm ok aje & by Tuesday dapat tahu result. Lazimnya semua calon yg hadir utk upgrade talipinggang akan lulus. Yg rumit sikit apabila nak upgrade drp talipinggang Red 2 kpd Red/Black (poomp!- tak pasti ejaan betul ke tidak) kerana perlu pecahkan papan sebanyak 3 keping - sama ada guna tangan ataupun kaki.


Balqis dan Ibrahim dah sampai ke tahap poomp - walaupun demikian setiap hari Selasa & petang Sabtu mereka pergi juga berlatih taekwando bersama-sama Yusuf. Salah satu tujuan mereka hadir adalah agar mereka cergas minda, dapat berkawan, fit disamping berlatih utk tournment Taekwando pada 24 Julai ni.


Pendedahan Taekwando sebagai seni pertahankan diri dan bukan utk menyerang. Seboleh mungkin perlu elak daripada menyerang orang tetap digunakan apabila diserang. Namun begitu sebaiknya adalah kita elak daripada kedua-duanya i.e. daripada menyerang ataupun diserang.


Teringat pula kisah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dalam buku 'Muhammad S.A.W. -insan teladan sepanjang zaman' karangan Tok Guru Nik Abdul Aziz - Nabi seboleh mungkin mengelak daripada berperang. Contoh yg terbaik adalah perang Badar. Pada peringkat awal kaum muslimin Madinah berhasrat utk mengambil harta daripada kabilah yg pulang dari berdagang dari Syam - lebih kepada ambil semula harta mereka yang mereka tinggalkan di Mekah. Namun kabilah ini telah memaklumkan kafir Quraisy di Mekah, lalu kaum Quraisy telah mengumpulkan hampir 1,000 tentera utk berperang dgn kaum Muslimin yg berjumlah 313 org shj. Disebabkan mahu diserang maka, konsep pertahankan diri diaplikasikan. Sebab itu kita mesti sentiasa peka dengan perkara ini i.e. ambil sikap bersiap-sedia. Sama spt kita diingatkan agar sentiasa istighfar - ingat kpd Allah.


Salam

Monday, June 29, 2009

Hujan Batu Di Negeri Orang...


Salam..


Segala puji bagi Allah kerana semalam kami sekeluarga ke KLIA bersama Uteh & Fmly utk jemput Khadijah balik dari Morroco. Tak boleh nak imagine mcm mana perasaan Pak Uteh & Mak Uteh....yg faham dan ada pengalaman tunggu anak balik dari luar negeri tu rasanya mak. 1 Julai ni giliran Pak Itam & Mak Itam pulak merasakan pengalaman yg sama....


Pengalaman sebagai anak yg baru balik dari luar negeri...memang ada tapi sedikit hambar pada tahun 1996 kerana masa balik dari United Kingdom dulu, ayah dah pulang ke rahmatullah. Akan tetapi dengan kehadiran pak saudara & mak saudara semua yg meraikan kepulangan, terubat sedikit rasa sedih. Terima kasih yg tak terhingga kepada pak saudara & mak saudara semua - masa gi UK dulu (1991) rasanya hampir semua pak saudara dan mak saudara dan sepupu-sepapat menghantar ke Airport Subang. Lantaran dari pengalaman itulah maka seboleh mungkin masa akan dicari utk lakukan perkara yg sama kepada saudara-saudara lain i.e. meraikan penerbangan pergi ataupun pengalaman pulang ke tanah air.


Hujan emas di negera orang, hujan batu di negeri sendiri...memang seronok bermain salji, dapat tengok tempat orang dan sebagainya tapi yang paling penting dan seronok ada negeri tanah tumpah darah kita. Sebab itu penting bila dah habis tuntut ilmu, maka sekarang masa utk beri khidmat kepada negara kita yg dulu telah banyak bantu kita utk gi belajar.