Monday, June 29, 2009

Hujan Batu Di Negeri Orang...


Salam..


Segala puji bagi Allah kerana semalam kami sekeluarga ke KLIA bersama Uteh & Fmly utk jemput Khadijah balik dari Morroco. Tak boleh nak imagine mcm mana perasaan Pak Uteh & Mak Uteh....yg faham dan ada pengalaman tunggu anak balik dari luar negeri tu rasanya mak. 1 Julai ni giliran Pak Itam & Mak Itam pulak merasakan pengalaman yg sama....


Pengalaman sebagai anak yg baru balik dari luar negeri...memang ada tapi sedikit hambar pada tahun 1996 kerana masa balik dari United Kingdom dulu, ayah dah pulang ke rahmatullah. Akan tetapi dengan kehadiran pak saudara & mak saudara semua yg meraikan kepulangan, terubat sedikit rasa sedih. Terima kasih yg tak terhingga kepada pak saudara & mak saudara semua - masa gi UK dulu (1991) rasanya hampir semua pak saudara dan mak saudara dan sepupu-sepapat menghantar ke Airport Subang. Lantaran dari pengalaman itulah maka seboleh mungkin masa akan dicari utk lakukan perkara yg sama kepada saudara-saudara lain i.e. meraikan penerbangan pergi ataupun pengalaman pulang ke tanah air.


Hujan emas di negera orang, hujan batu di negeri sendiri...memang seronok bermain salji, dapat tengok tempat orang dan sebagainya tapi yang paling penting dan seronok ada negeri tanah tumpah darah kita. Sebab itu penting bila dah habis tuntut ilmu, maka sekarang masa utk beri khidmat kepada negara kita yg dulu telah banyak bantu kita utk gi belajar.




No comments:

Post a Comment