Saturday, July 4, 2009

Self Defense....


Tarikh : 05 Julai 2009-Ahad

Lokasi : Sekolah Rendah Agama Integrasi, Bandar Baru Bangi

Aktiviti : Grading Taekwando - Yusuf


Yusuf hadir utk upgrade tali pinggang Yellow 1 kepada Yellow 2. Alhamdullilah nampak mcm ok aje & by Tuesday dapat tahu result. Lazimnya semua calon yg hadir utk upgrade talipinggang akan lulus. Yg rumit sikit apabila nak upgrade drp talipinggang Red 2 kpd Red/Black (poomp!- tak pasti ejaan betul ke tidak) kerana perlu pecahkan papan sebanyak 3 keping - sama ada guna tangan ataupun kaki.


Balqis dan Ibrahim dah sampai ke tahap poomp - walaupun demikian setiap hari Selasa & petang Sabtu mereka pergi juga berlatih taekwando bersama-sama Yusuf. Salah satu tujuan mereka hadir adalah agar mereka cergas minda, dapat berkawan, fit disamping berlatih utk tournment Taekwando pada 24 Julai ni.


Pendedahan Taekwando sebagai seni pertahankan diri dan bukan utk menyerang. Seboleh mungkin perlu elak daripada menyerang orang tetap digunakan apabila diserang. Namun begitu sebaiknya adalah kita elak daripada kedua-duanya i.e. daripada menyerang ataupun diserang.


Teringat pula kisah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dalam buku 'Muhammad S.A.W. -insan teladan sepanjang zaman' karangan Tok Guru Nik Abdul Aziz - Nabi seboleh mungkin mengelak daripada berperang. Contoh yg terbaik adalah perang Badar. Pada peringkat awal kaum muslimin Madinah berhasrat utk mengambil harta daripada kabilah yg pulang dari berdagang dari Syam - lebih kepada ambil semula harta mereka yang mereka tinggalkan di Mekah. Namun kabilah ini telah memaklumkan kafir Quraisy di Mekah, lalu kaum Quraisy telah mengumpulkan hampir 1,000 tentera utk berperang dgn kaum Muslimin yg berjumlah 313 org shj. Disebabkan mahu diserang maka, konsep pertahankan diri diaplikasikan. Sebab itu kita mesti sentiasa peka dengan perkara ini i.e. ambil sikap bersiap-sedia. Sama spt kita diingatkan agar sentiasa istighfar - ingat kpd Allah.


Salam

No comments:

Post a Comment